Kes saringan bergejala masih tinggi di Sabah.

KOTA KINABALU: Jumlah kes melalui saringan bergejala yg tinggi adalah satu peringatan bagi kita semua untuk menjaga SOP semasa berada di khalayak ramai khususnya di tempat tertutup seperti pasaraya dan restoran.

“Inilah juga salah satu sebab kita mahu memperkenalkan keperluan dua dos lengkap bagi mereka yg bekerja dan melanggan di pasaraya dan restoran iaitu sebulan daripada sekarang.

“Ini adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan sporadik di tempat-tempat yang lazim dikunjungi oleh ramai orang,” menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Hari ini, kes Sabah masih lagi empat angka iaitu 1,752 di mana Kota Kinabalu mencatatkan kes terbanyak iaitu 436, diikuti oleh Tawau 261, Penampang 228, Sandakan 113, Tuaran 111
, Keningau 100, Papar 69, Kota Belud 55, Beaufort 54, Lahad Datu 43, Putatan 40, Sipitang 36,
Beluran 33, Kalabakan 25, Tongod 23, Kudat 18, Semporna dan Tambunan 16, Kinabatangan 15
Kota Marudu 13, Telupid dan Pitas 11, Tenom 8, Ranau and Kunak 6, Kuala Penyu 4 dan Nabawan 1

Pesakit baharu kategori 2 terus menjadi kumpulan yg terbanyak, 972 (55.5%) daripada 1752. Tren ini sejajar dengan peningkatan kes baharu melalui saringan bergejala. 376 orang (21.4%) adalah pesakit kategori 1, 10 orang dalam kategori 3, 6 orang dalam kategori 4 dan 3 orang dalam kategori 5.

Sehingga semalam (13/8) seramai 44.6% penduduk dewasa Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 20.8% telah melengkapkan pengambilan dua dos.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.